KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat 16 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang akan memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing.
Selain bertukar pandangan berkenaan dasar dan hala tuju hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara dituju mereka, Anwar berkata beliau juga berkongsi aspirasi dan perspektif isu domestik yang menjadi keutamaan kerajaan, terutama selepas pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lepas.
"Sekalung penghargaan diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua yang telah dilantik.
"Moga dapat menggalas amanah yang diberikan dalam mengangkat imej, reputasi dan martabat negara ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa, insya-Allah," katanya dalam catatan di Facebooknya.
Antara yang hadir ialah Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Nadzirah Osman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Muzafar Shah Mustafa.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Belanda Roseli Abdul, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Rus Shazila Osman dan Duta Besar Malaysia ke Mexico Jamal Sharifuddin Johan.
Kesemua 15 Ketua Perwakilan Diplomatik itu menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4 Okt lepas, manakala Nadzirah menerima surat pelantikan daripada Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir sehari sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat 16 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara hari ini.- FB Anwar Ibrahim
Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.
Kejayaan MTNP membanggakan, lonjak nama institusi tahfiz - Mohd Na’im
Kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Pantau Belanjawan: Memahami rasionalisasi subsidi dan kesan pada ekonomi
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
Pantau Agenda Reformasi: Hubungan Malaysia-China pada tahap tertinggi
Hubungan Malaysia-China yang terjalin sejak 5 dekad lalu menyaksikan kemajuan luar biasa terutama dalam hubungan diplomatik, perdagangan dan industri malah yang lebih penting hubungan rakyat dengan rakyat.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Tiga orang termasuk seorang anggota polis maut ditembak
Tiga orang termasuk seorang anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di minneapolis, amerika syarikat pada khamis.
Menurut laporan agensi berita tempatan, kejadian itu turut menyebabkan enam orang tercedera dimana dua daripadanya adalah anggota polis selepas ditembak seorang suspek yang belum dikenalpasti.
Menurut laporan agensi berita tempatan, kejadian itu turut menyebabkan enam orang tercedera dimana dua daripadanya adalah anggota polis selepas ditembak seorang suspek yang belum dikenalpasti.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul
Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) akan memposisikan Malaysia sebagai juara kuasa ketiga dan membolehkan kolaborasi bernilai tinggi dengan kuasa-kuasa besar dunia.